Lantikan kroni: KP Imigresen enggan ulas lanjut

 Khairul Dzaimee Daud
Khairul Dzaimee Daud
A
A
A

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud enggan memberi maklum balas mengenai spekulasi bahawa lantikannya sebagai kroni.

"Saya tidak mahu jawab soalan-soalan berkaitan politik," katanya.

Khairul Dzaimee sebaliknya berkata, pelantikan itu mencabar kemampuannya untuk mencapai visi dan misi yang digariskan oleh Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lantikan Jamil tanpa pengetahuan menteri]

“Saya terkejut dan berasa syukur serta tercabar untuk melaksanakan tugas ini dengan terbaik mengikut kemampuan dan tumpuan penuh," katanya.

Beliau berkata, tumpuan utamanya untuk melonjakkan agensi itu sebagai agensi penguatkuasaan terbaik.

"Tekad saya untuk menjadikan Jabatan Imigresen sebagai agensi penguatkuasaan terbaik dengan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat," katanya.

Khairul Dzaimee berkata, sistem operasi imigresen bakal dirombak semula secara berperingkat.

Artikel Berkaitan:

"Dalam tempoh empat tahun dapat melaksananya sepenuhnya secara dalam talian," katanya ketika ditemui selepas majlis Amanat Tahun Baharu KDN di sini hari ini.

Selain itu Imigresen akan melakukan operasi besar-besaran bagi memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan melibatkan semua agensi kerajaan lain.

"Sekiranya perlu saya akan bersama-sama dalam operasi tersebut," katanya.

Khamis lalu, Datuk Jamil Rakon menerima Nota Serah Tugas sebagai Ketua Pengarah Imigresen baharu daripada Mustafar.

Bagaimanapun semalam, KDN mengumumkan lantikan Khairul Dzaimee berkuat kuasa hari ini.

KDN turut mengumumkan kedudukan Jamil dikekalkan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan.

Semalam, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam mendakwa pelantikan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen yang baharu ada unsur campur tangan politik selain wujud amalan kronisme.

Bagaimanapun, Muhyiddin berkata beliau tidak tahu mengenai perlantikan Jamil bagi menggantikan Mustafar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!