Covid-19: Warga emas cuci lantai lif

Paparan Facebook Sayang Sembawang tular di laman sosial.
Paparan Facebook Sayang Sembawang tular di laman sosial.
A
A
A

SINGAPURA - Dalam usaha mencegah penularan jangkitan koronavirus (Covid-19), penduduk negara ini telah mengambil langkah dengan membersihkan kemudahan awam seperti lif bagi keselamatan orang ramai.

Perkongsian akaun Facebook, Sayang Sembawang mendedahkan keprihatinan seorang lelaki bernama Abdul Ghani secara sukarela membersihkan kawasan kejiranan yang terletak di Woodlands, Singapura.

Lelaki berusia 73 tahun ini dilihat sedang mencuci lantai lif manakala cucu lelakinya pula bertindak 'menahan' lif tersebut daripada tertutup.

Tindakan murninya itu sedikit sebanyak dapat membantu penularan wabak Covid-19 yang semakin membimbangkan apabila jumlah pesakit meningkat saban hari.

Selain perlu membasuh tangan dan memakai penutup muka setiap hari, kemudahan awam termasuk pengangkutan awam perlu juga dititikberatkan.

Menjengah di ruang komen, ternyata netizen memuji sikap prihatin lelaki itu yang turut menyumbang tenaga dalam membendung penularan wabak tersebut.

Malah kebaikannya menjadi sumber inspirasi dan motivasi kepada masyarakat lain untuk menjadi sepertinya.

"Walaupun dia hanya cuci lantai lif tapi tindakannya cukup memberi impak besar kepada kejiranan," kata Jeenyu.

Artikel Berkaitan:

Kata Alias, "Terima kasih kerana bantu, moga diberkati." manakala ujar Sylvia pula, "Pakcik sangat baik hati!. Saya juga akan lakukan kebaikan."

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!