Ikan kembung satu tan licin

No Image Caption
A
A
A

ALOR SETAR - Ikan kembung sebanyak satu tan yang diedarkan secara percuma kepada penduduk tempatan di Jalan Datuk Kumbar di sini 'licin' dalam tempoh lebih kurang sejam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pinang, Wan Romaini Wan Salim melahirkan rasa teruja dengan sambutan hangat orang ramai daripada pelbagai kaum termasuk Cina dan India apabila mereka turut beratur bagi mendapatkan ikan kembung percuma anjuran Jentera Pilihan Raya Pas Derga itu.

Menurutnya, sehingga kini Pas telah mengedarkan ikan kembung di beberapa Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti Pantai Merdeka, Tanjung Dawai, Baling, Kuala Ketil, Merbau Pulas, Bukit Pinang, Derga, Jerai, Sungai Limau dan Gurun.

"Alhamdulillah, setiap kali aktiviti ini dilakukan Pas, ia mendapat sambutan ramai apabila edaran ikan kembung satu tan di Bukit Pinang sebelum ini juga habis dalam sekelip mata dan hari ini juga sama," katanya pada Program Ikan Temenung Percuma di Jalan Datuk Kumbar di sini hari ini.

Katanya, Pas mengambil inisiatif berkenaan bagi membantu nelayan menjana pendapatan, sekali gus menghargai keringat dan penat lelah mereka ke laut untuk mendapatkan hasil laut.

Katanya, usaha berkenaan juga diambil demi melakukan kerja kebajikan kepada masyarakat setempat, sekali gus mendekati penduduk berbilang bangsa dan agama di kawasan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!