Walau dikuarantin, 30 juzuk al-Quran tetap meniti di bibir

Hantaran Facebook Ebit Lew tular di laman sosial.
Hantaran Facebook Ebit Lew tular di laman sosial.
A
A
A

PETALING JAYA - Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi kesedihan di Facebooknya apabila melihat gambar pelajar dari Miftahul Ulum Sri Petaling Masjid Sri Petaling yang tidak putus membaca al-Quran 30 juzuk setiap malam walaupun sedang dikuarantin akibat wabak koronavirus (Covid-19).

Ebit Lew melalui media sosial itu hari ini mengakui kagum dengan sikap pelajar yang tidak kenal putus asa menghidupkan malam dengan tahajud.

Tulisnya, "Mereka tahajud menangis doakan rahmat buat negara kita dan seluruh dunia. (Jam) 4 pagi semua dah menangis berdoa. Begitu juga pendakwah yang sedang dikuarantin. Semoga semua cepat sembuh ya.

"Semoga semua ahli keluarga tabah ya. ALLAH bersama kita semua," katanya yang turut memuat naik gambar sekumpulan pelajar membaca al-Quran di Facebook.

Bagaimanapun, keputusan akhir mengesahkan kesemua mereka negatif Covid-19.

Ebit Lew turut terkesan dengan kecaman orang ramai terhadap 15,000 individu yang terlibat dalam perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling.

"Sedih ada yang tulis bukan-bukan terhadap jemaah tabligh.

"Janganlah kerana segelintir, beberapa orang, kita hina mereka. Saya takut bila kita hina dan caci mencaci sesama kita. Azab ALLAH lebih cepat dan rahmat hilang.

Artikel Berkaitan:

"Buat yang telah positif kita doakan mereka dan solat hajat doa mereka sembuh," katanya.

Beliau turut menasihatkan masyarakat melakukan lebih banyak amalan doa dan tidak menuding jari kepada pihak tertentu.

"Saya merayu semua saudaraku sekalian janganlah cakap bukan-bukan pada mereka. Semoga ALLAH maafkan kita semua.

"Saya benar-benar sayang semua pendakwah dan anak-anak ini semua. Saya tak mampu lakukan dakwah seperti mereka. Saya tak hafal 30 juzuk al-Quran dan belajar alim seperti mereka. Moga ALLAH melindungi mereka," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!