Covid-19: Kazakhstan isytihar darurat

Orang ramai beratur untuk menerima pakej langkah berjaga-jaga yang disediakan oleh Basij, salah satu pasukan bersenjata Pengawal Revolusi Islam Iran di Teheran. - Foto AFP
Orang ramai beratur untuk menerima pakej langkah berjaga-jaga yang disediakan oleh Basij, salah satu pasukan bersenjata Pengawal Revolusi Islam Iran di Teheran. - Foto AFP
A
A
A

NUR SULTAN - Presiden Kazakhstan hari ini mengisytiharkan darurat di seluruh negara dan mengehadkan perjalanan serta perdagangan bagi membendung penyebaran koronavirus (Covid-19).

Negara Asia Tengah itu yang setakat ini hanya mencatatkan lapan kes virus akan mematuhi langkah baharu mulai Isnin ini selama sebulan.

Dekri yang diterbitkan di laman web Presiden Kassym-Jomart Tokayev itu adalah peluasan kepada langkah yang diumumkan Khamis lalu dalam melarang sebarang majlis awam selain memperkenalkan had terhadap fungsi pusat runcit dan keluar masuk dari negara itu.

Pemerintah bagaimanapun tidak menjelaskan siapa yang akan dilarang menyeberang sempadan.

"Semua pusat hiburan termasuk pawagam dan pameran akan ditutup," katanya.

Dekri tersebut juga bakal menyediakan dana daripada rizab kerajaan dan meningkatkan kawalan kerajaan terhadap mereka yang mengelak daripada dikuarantin atau mendapatkan rawatan.

Negara jiran, Uzbekistan yang melaporkan kes jangkitan pertama hari ini mengumumkan penutupan sempadannya untuk semua pengangkutan. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!