Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Covid-19: Madrasah dikuarantin 14 hari

A
A
A

Covid-19: Madrasah dikuarantin 14 hari

BERITA SEMASA 115 MAC 2020

Sebuah madrasah di daerah ini dikuarantin selama 14 hari bermula semalam bagi mengekang penyebaran wabak koronavirus (Covid-19).

Penutupan itu dipercayai ada kaitan dengan kehadiran ahli tabligh yang dikatakan singgah di madrasah berkenaan, disyaki positif Covid-19 pada pemeriksaan peringkat awal.

Lelaki itu difahamkan pernah menghadiri perhimpunan di Masjid Seri Petaling, Kuala Lumpur pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu dan sudah dihantar ke wad isolasi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Susulan itu, kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu (PKDKT) menghubungi polis kira-kira jam 9 pagi kelmarin bagi mendapatkan bantuan.

Muzik: www.bensound.com