Penumpang kapal persiaran Golden Princess tidak dibenarkan turun

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

WELLINGTON - Penumpang sebuah kapal persiaran Golden Princess dilarang turun dari kapal di pelabuhan New Zealand hari ini berikutan terdapat individu yang disyaki dijangkiti koronavirus (Covid-19).

Menurut jadual pelayaran kapal terbabit, seramai 2,600 penumpang dan 1,100 kru berada di atas kapal yang berlabuh di Akaroa berhampiran bandar Christchurch, South Island.

Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand, Ashley Bloomfield berkata, sekurang-kurangnya tiga orang penumpang telah dikuarantin oleh doktor kapal.

"Semua yang berada di atas kapal tidak dibenarkan turun sehingga keputusan diketahui," katanya.

Sebelum ini, dua kapal persiaran milik syarikat Princess Cruises iaitu Diamond Princess yang berlabuh di Jepun dan Grand Princess yang berlabuh di California telah diserang Covid-19 serta dikuarantin. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!