Elaun sara hidup nelayan diagihkan bulan depan

Mat Yassim
Mat Yassim
A
A
A

MARANG - Nelayan negeri ini bakal menarik nafas lega apabila bantuan elaun sara hidup nelayan bagi sesi tahun baharu akan diagihkan kepada mereka yang layak Februari ini.

Menurut Pengerusi Persatuan Nelayan Terengganu (Penentu), Mat Yassim Mohamed, bantuan bakal disalurkan itu diharap dapat membantu meringankan pendapatan mereka.

"Namun, jumlah penerima tidak sama berbanding tahun lalu setelah pemutihan dilakukan. Bantuan ini akan diberikan kepada nelayan yang benar-benar layak di seluruh negara.

"Terdapat kira kira 10,000 nelayan di negeri ini, mana-mana nelayan diketepikan daripada senarai penerima, mereka masih boleh membuat rayuan," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Dalam pada itu, Penentu turut memohon kerajaan negeri mempertimbangkan bantuan secara 'one off' sebanyak RM500 kepada nelayan negeri itu sebagai bantuan musim tengkujuh.

Menurutnya, pihaknya juga akan membuat permohonan secara rasmi kepada kerajaan negeri berhubung permohonan bantuan berkenaan yang pastinya dapat membantu nelayan.

"Tidak semua nelayan menerima bantuan elaun sara hidup yang diberikan Kerajaan PH. Jika kerajaan negeri dapat membantu mereka ia membolehkan beban golongan itu dikurangkan.

"Kita juga berharap agar Kerajaan PH dapat menjelaskan baki royalti petroleum kepada kerajaan negeri agar ia dapat dimanfaatkan rakyat Terengganu secara keseluruhannya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!