Pengguna bazir 18.92 liter air setiap kali berus gigi

Cuckoo melancarkan kempen penjimatan air Just 1 Cup bagi memupuk tabiat supaya rakyat berjimat dengan hanya menggunakan secawan air ketika memberus gigi.
Cuckoo melancarkan kempen penjimatan air Just 1 Cup bagi memupuk tabiat supaya rakyat berjimat dengan hanya menggunakan secawan air ketika memberus gigi.
A
A
A

RAKYAT Malaysia membazir kira-kira 18.92 liter air apabila membiarkan paip air terbuka setiap kali memberus gigi.

Hasil kajian yang dijalankan sebelum ini juga menunjukkan secara purata setiap individu di Malaysia menggunakan 210 liter air sehari, jauh melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu sebanyak 165 liter sehari.

Ketua Pengarah Eksekutif CUCKOO, Hoe Kian Choon berkata, sempena Sambutan Hari Air Sedunia pada 22 Mac ini, CUCKOO International melancarkan kembali kempen penjimatan air Just 1 Cup bagi memupuk sikap berjimat-cermat melalui penggunaan secawan air ketika memberus gigi selain mempraktikkan tabiat pengurusan air yang lebih baik.

“Kami bangga dapat membawa kembali kempen penjimatan air untuk edisi ketiga pada tahun ini. Kami percaya kepentingan mendidik rakyat menghargai air dan mengamalkan tabiat pengurusan lebih baik di rumah.

“Ini penting apabila akses kepada air berkualiti merupakan satu cabaran bagi sesetengah pihak,” katanya.

Dimulakan sejak tahun 2018, Kian Choon berkata, dengan sokongan Duta CUCKOO dan artis popular Korea, Rain serta artis terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza, pihaknya berharap kempen itu dapat mencapai matlamatnya.

Menurutnya, bagi menunjukkan sokongan dan komitmen kepada kempen, orang ramai dijemput berikrar dalam talian melalui laman mikro kempen.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!