Covid-19: JAIPk larang sementara aktiviti tabligh

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin
Pengarah JAIPk, Datuk Mohd Yusop Husin
A
A
A

IPOH - Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) melarang sebarang bentuk aktiviti 'Echo Training' Jemaah Tabligh dijalankan di kawasan masjid dan surau seluruh negeri.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, larangan itu bersifat sementara bagi membendung penularan koronavirus (Covid-19) khususnya dalam kalangan peserta program tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling pada 28 Februari lalu.

"Jawatankuasa Kariah dipohon menyemak masjid dan surau yang ada tumpuan kunjungan jemaah tabligh terutama yang pulang dari Ijtimak Jemaah Tabligh di Masjid Seri Petaling agar membuat saringan di Pejabat Kesihatan berhampiran.

"Mereka juga perlu bertindak jika telah mengenalpasti individu yang positif Covid-19 agar tidak mengunjungi masjid dan surau," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut menyarankan agar setiap masjid dan surau melakukan proses nyah virus dan penyucian sekiranya terdapat gejala terbabit.

"Dapatkan nasihat dan panduan dari Pejabat Kesihatan Daerah dalam semua urusan berkaitan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!