Yapeim edar 300 daging segar sempena Program Foodbank 1.0

Penerima daging segar bergambar bersama Zulkifli (empat dari kiri).
Penerima daging segar bergambar bersama Zulkifli (empat dari kiri).
A
A
A

SUNGAI BESI - Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) menyerahkan bantuan daging lembu segar kepada 300 penerima sempena Program Foodbank 1.0 di Masjid Jamek Ibnu Khaldun di sini pada Khamis lalu.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yapeim, Datuk Dr Mohd Daud Bakar berkata, peruntukan sebanyak RM4 juta digunakan untuk melaksanakan program tersebut di seluruh negara.

Menurutnya, inisiatif itu sebagai melestarikan aktiviti amal jariah dan kebajikan bagi mengurangkan beban golongan memerlukan.

Zulkifli (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan daging segar sempena Program Foodbank 1.0 di Masjid Jamek Ibnu Khaldun, Sungai Besi.
Zulkifli (empat dari kiri) menyampaikan sumbangan daging segar sempena Program Foodbank 1.0 di Masjid Jamek Ibnu Khaldun, Sungai Besi.

“Sehingga kini, 264 lokasi pengagihan Foodbank melibatkan makanan kering, sedia dimakan dan daging segar dilaksanakan di seluruh negara membabitkan manfaat kepada 254,337 penerima.

“Program ini bukan sahaja menyediakan bantuan keperluan asas iaitu makanan dan barang keperluan tetapi membantu usahawan sebagai pembekal (kepada program ini),” katanya.

Majlis perasmian dan penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Mohd Daud berkata, penerima bantuan Foodbank terdiri golongan B40, pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan mangsa bencana.

Artikel Berkaitan:

“Semoga usaha berterusan disusuli istiqamah dapat saling membantu memakmurkan kehidupan rakyat khususnya golongan B40 yang memerlukan bantuan dan sokongan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih bermakna,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!