Hentikan tohmahan kerajaan pintu belakang: Sultan Selangor

Sultan Sharafuddin berangkat tiba bagi merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga DUN Selangor ke-14 yang bermula hari ini. -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Sultan Sharafuddin berangkat tiba bagi merasmikan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga DUN Selangor ke-14 yang bermula hari ini. -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan semua pihak menghentikan dakwaan berkaitan pembentukan kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai 'kerajaan pintu belakang'.

Sultan Sharafuddin bertitah, ini kerana kerajaan baharu itu sememangnya dibentuk melalui peruntukan undang-undang.

"Tohmahan berkaitan pembentukan kerajaan Persekutuan ini sebagai sebuah kerajaan pintu belakang ataupun satu rampasan kuasa adalah tidak bertepatan sama sekali dan ianya hendaklah segera dihentikan kerana Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah diberi kuasa untuk menggunakan budi bicara Seri Paduka sebagaimana yang diperuntukkan di dalam undang-undang," titahnya.

Baginda bertitah demikian sewaktu Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-14 yang bermula hari ini.

Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga DUN Selangor ke-14 yang bermula hari ini. -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR.
Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Ketiga DUN Selangor ke-14 yang bermula hari ini. -Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR.

Sementara itu, baginda bertitah, walaupun kerajaan Selangor diterajui Pakatan Harapan (PH), namun kerjasama erat dengan kerajaan Persekutuan di bawah Perikatan Nasional perlu dijalinkan demi kelangsungan pembangunan ekonomi dan kemakmuran rakyat negeri ini.

"Beta tidak mahu disebabkan perbezaan tampuk pemerintahan dan ideologi politik akan menyebabkan rakyat negeri Selangor terpinggir di dalam arus pembangunan ekonomi dan sosial," titahnya.

Dalam pada itu, Sultan Sharafuddin turut bertitah agar setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak berbalah sesama sendiri sehingga melupakan tanggungjawab sebenar untuk melaksanakan amanah diberikan rakyat bagi mentadbir negeri ini

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, wakil rakyat perlu sensitif terhadap perkembangan semasa dihadapi rakyat dalam berdepan cabaran semasa dan kesempitan hidup akibat kemelesetan ekonomi dunia, mata wang ringgit semakin merudum, peluang pekerjaan semakin mengecil sekali gus meningkatkan pengangguran serta isu pandemik susulan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

"Di dalam menghadapi krisis ini, rakyat memerlukan tumpuan Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian dalam menyelesaikan segala permasalahan bagi memastikan rakyat dapat keluar daripada kesempitan hidup," titah baginda.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!