Chang'e-4 akan rekodkan suhu bulan

Chang'e-4 berjaya mendarat di permukaan gelap bulan pada minggu lalu.
Chang'e-4 berjaya mendarat di permukaan gelap bulan pada minggu lalu.
A
A
A

BEIJING - CHINA. Waktu malam di bulan adalah gelap dan sejuk.

Tetapi, saintis di China belum mengetahui bagaimana suhu sejuk sebenarnya.

Kenderaan perayau, Chang'e-4 yang mendarat buat pertama kali di kawasan gelap bulan akan merekodkan suhu bulan.

Difahamkan, sehari di bulan bersamaan 14 hari di bumi, namun waktu malam di bulan adalah sama dengan tempoh malam di bumi.

Suhu juga adalah berbeza untuk waktu siang dan malam di bulan.

Saintis menganggarkan suhu tertinggi di bulan pada waktu siang mungkin mencecah sehingga 127 darjah Celsius manakala suhu paling rendah pada waktu malam adalah -183 darjah Celsius.

Pada 2013, Beijing melancarkan Chang'e-3 dan berjaya mendarat di bulan. Tetapi, ia direka mengikut suhu data asing. Tanpa data kita sendiri tentang suhu bulan, kita tidak tahu bagaimana suhu sejuk sebenar di bulan pada waktu malam. Jadi, Chang'e-4 akan mengukur perbezaan suhu siang dan malam untuk membantu saintis menganggarkan sifat permukaan bulan," kata Pengarah Eksekutif projek angkasa itu, Zhang He. - Xinhua

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!