Covid-19: HSAH, Hospital Kulim pendekkan waktu melawat

Notis pemakluman perubahan waktu dan peraturan melawat Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. -Foto Facebook Hospital Sultan Abdul Halim
Notis pemakluman perubahan waktu dan peraturan melawat Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. -Foto Facebook Hospital Sultan Abdul Halim
A
A
A

ALOR SETAR - Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di Sungai Petani dan Hospital Kulim memendekkan waktu lawatan bagi mengurangkan risiko jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) kepada pesakit, petugas hospital dan orang ramai bermula berkuat kuasa semalam.

Melalui notis dikeluarkan kedua-dua hospital tersebut melalui laman sosial Facebook masing-masing, tempoh lawatan ditetapkan adalah pada jam 1 tengah hari sehingga 2 petang dan 5 petang sehingga 7 petang.

Notis tersebut turut memaklumkan bahawa tempoh lawatan ditetapkan itu turut melibatkan hujung minggu dan cuti umum, selain hanya dua pelawat dibenarkan melawat pesakit pada satu-satu masa.

Pengarah HSAH, Dr Zainal Che Mee berkata, individu yang mempunyai simptom influenza seperti demam, batuk, selesema, sakit tekak, muntah dan cirit tidak dibenarkan melawat hospital, manakala kanak-kanak berumur 12 tahun tidak dibenarkan melawat pesakit di wad.

"Pelawat yang berisiko tinggi mendapat jangkitan seperti yang menghidap penyakit kronik dan individu dengan imuniti rendah (contoh dalam rawatan barah) tidak dibenarkan melawat hospital kecuali atas sebab kecemasan yang tidak dapat dielakkan," katanya melalui notis pemakluman di Facebook HSAH.

Notis pemakluman pelawat Hospital Kulim. -Foto Facebook Hospital Kulim
Notis pemakluman pelawat Hospital Kulim. -Foto Facebook Hospital Kulim

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!