Fad Bocey bakal timang anak keempat
PELAWAK Fad Bocey berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata keempat apabila isterinya, Syaheera Rahman, kini sedang hamil dua bulan.
Lebih istimewa, berita tersebut diterima Fad atau nama sebenarnya, Muhammad Fadzlie Nizam saat dia dan isteri meraikan ulang tahun kelima perkahwinan mereka.
“Alhamdulillah, sempena anniversary yang kelima kami kali ni, Allah kurniakan rezeki yang besar buat kami.
“TQ my love, terima kasih untuk semua yang mommy buat untuk daddy dan anak-anak.
“Semoga mommy dan baby dilindungi Allah dan diberi kekuatan dan kesihatan yang baik. Doakan yang baik-baik ye semua. Semoga yang baik-baik juga buat anda semua, amin yarabbalalamin,” luah Fad di laman Instagramnya.
Fad dan isteri mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu sepasang kembar lelaki, Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan dan Nur Aminah Mishal.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!