Kerajaan negeri bersedia sehingga 2040

Aminuddin Harun
Aminuddin Harun
A
A
A

KUALA PILAH - Kerajaan negeri sentiasa bersedia berhadapan dan merancang pembangunan di negeri ini sehingga tahun 2040.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bagi mencapainya, kerajaan telah meneliti perancangan pembangunan negeri bagi memenuhi harapan dan inspirasi rakyat.

"Pembangunan akan dirancang secara inklusif, diberikan nafas baharu dan memberi kesan untuk mensejahterakan rakyat.

"Pembangunan ini berasaskan dua prinsip utama iaitu kemakmuran ekonomi dan kesejahteraan sosial," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sembah ucapan taat setia pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir Ke-71 di Istana Besar Seri Menanti di sini, hari ini.

Aminuddin berkata, menerusi aspek sosial pula, kesejahteraan sosial perlu seiiring dengan pembangunan sosial.

Menurutnya, pembangunan sosial terutama perpaduan dan pembangunan modal insan adalah elemen penting dalam pembangunan di Negeri Sembilan.

“Pembangunan negeri tanpa adanya perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat dan tanpa pembangunan modal insan, tidak membawa apa-apa makna kerana ia ibarat menggantang asap, mengukir langit.

Artikel Berkaitan:

"Perpaduan adalah hadiah tidak ternilai dan perlu dipelihara dan dihargai oleh semua rakyat Negeri Sembilan," katanya.

Sehubungan itu katanya, rakyat perlu berusaha menyantuni mereka yang berada di sekeliling tanpa mengira bangsa.

“Perpaduan terhasil apabila rakyat daripada pelbagai bangsa dan agama saling menghormati antara satu sama lain, sentiasa berhati-hati serta menyedari sensitiviti agama dan budaya masing-masing demi keharmonian antara kaum,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!