Bapa angkat ditahan dera budak enam tahun

Arifai menunjukkan rotan yang dipercayaidigunakan suspek untuk mendera kanak-kanak berusia enam tahun.
Arifai menunjukkan rotan yang dipercayaidigunakan suspek untuk mendera kanak-kanak berusia enam tahun.
A
A
A

GOMBAK - Seorang lelaki ditahan kerana dipercayai mendera anak angkatnya berusia enam tahun sehingga mengakibatkan kecederaan di seluruh badan kanak-kanak itu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di sebuah pangsapuri di Kepong kelmarin dan kini direman selama lima hari sehingga Khamis bagi membantu siasatan.

Menurutnya, polis menerima maklumat daripada orang awam pada jam 7.50 malam dan sepasukan anggota anggota dari Balai Polis Desa Jaya pergi ke lokasi kejadian.

"Siasatan mendapati kanak-kanak itu cedera di seluruh badan akibat dipukul dengan rotan. Suspek memberi alasan memukul mangsa kerana nakal dan mangsa kini dirawat di Hospital Selayang," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Selayang hari ini.

Beliau berkata, keluarga kandung kanak-kanak itu menghantar mangsa ke rumah suspek untuk dijaga.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Artikel Berkaitan: