Semua negeri dijangkiti Covid-19

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA- Kesemua negeri di Malaysia telah dijangkiti Covid-19.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ulang ciap di Twitter mengesahkan perkara itu.

"Ya," jawabnya ringkas.

Terdahulu seorang pengguna akaun Twitter Syamimi Noor bertanyakan soalan kepada Kementerian Kesihatan

"Maaf, adakah semua negeri di Malaysia sudah dijangkiti covid-19?" katanya.

Semalam, negara mencatat peningkatan tertinggi dengan 190 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 428 termasuk 42 yang telah sembuh.

Peningkatan tersebut menyebabkan Malaysia mencatatkan kes tertinggi di Asia Tenggara setakat ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!