Kalau pun PH tertekan, tak perlulah fitnah BN!
KUALA LUMPUR - Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarik Khan tidak terkesan dengan tuduhan beliau memberi ‘merasuah gula-gula’ kepada anak-anak Orang Asli dalam PRK Cameron Highlands.
Sebaliknya, beliau menganggap tuduhan itu adalah tindak balas terdesak untuk mengalih perhatian rakyat selepas gambar jentera PH mengagihkan wang tular.
“Saya percaya ini adalah tindak balas terdesak untuk alih perhatian rakyat selepas gambar-gambar jentera PH yang beri duit kepada masyarakat Orang Asli pada hari penamaan calon tempoh hari.
“Kalau pun PH tertekan dengan macam-macam isu yang makan diri mereka, tak perlulah sampai lempar FITNAH kepada jentera-jentera BN,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, beliau hanya tersenyum apabila mendapat tangkap layar berhubung gambar berkenaan.
“Saya tersenyum je bila ada kawan hantar printscreen post berkenaan,” ujarnya.
Sebuah laman sosial mesra PH baru-baru ini memaparkan gambar Zahida sedang mendukung seorang kanak-kanak sedang memakan gula-gula.
Mereka mendakwa pemberian itu adalah rasuah kerana diberi sewaktu kempen PRK Cameron Highlands berlangsung.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!