Hanya Dr Mahathir bertanding jawatan Pengerusi Bersatu
PETALING JAYA - Tun Dr Mahathir Mohamad adalah satu-satunya calon menghantar borang bertanding jawatan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Tan Sri Syed Hamid Jaafar Albarketika ditanya bekas Perdana Menteri itu menang tanpa bertanding, Syed Hamid memaklumkan beliau tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan perkara berkenaan.
“Menang tanpa bertanding itu, saya tak boleh umum sehingga tarikh persidangan bahagian ditetapkan nanti. Kita terima pencalonannnya, tiada calon lain,” katanya sidang akhbar di ibu pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor hari ini.
Dr Mahathir pada 24 Februari lalu meletak jawatan sebagai Pengerusi Bersatu selepas Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu keluar meninggalkan Pakatan Harapan (PH).
Berikutan itu, Dr Mahathir kemudiannya meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan satu mesyuarat parti dipengerusikan oleh Muhyiddin kemudian menolak peletakan jawatan Dr Mahathir.
Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya dalam kenyataan rasmi pada 27 Februari lalu turut mengumumkan bahawa Dr Mahathir akan terus menjadi Pengerusi Bersatu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!