Covid-19: Maybank Cawangan Sibu ditutup selepas pekerja terdedah

Covid-19 -Foto 123rf
Covid-19 -Foto 123rf
A
A
A

SIBU - Maybank Cawangan Sibu Sentral dan terminal layan dirinya ditutup selama dua hari mulai hari ini bagi membolehkan proses sanitasi dan pembersihan mendalam dilakukan selepas seorang daripada pekerjanya terdedah kepada seorang pesakit yang positif Covid-19.

Menurut notis di pintu masuknya, penutupan itu adalah sebahagian daripada langkah berjaga-jaga yang ketat pihak bank bagi melindungi kesihatan dan kesejahteraan pelanggan serta pekerjanya pada setiap masa.

Cawangan itu akan dibuka semula pada Rabu.

Bank itu menasihati orang ramai agar melakukan transaksi mereka secara dalam talian atau pergi ke Maybank Cawangan Kampung Nyabor. -Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!