Pihak berkuasa Perancis denda Apple RM5.3 bilion

Apple berdepan denda dalam jumlah terbesar pernah dikendalikan di bawah satu kes. - FOTO: AGENSI
Apple berdepan denda dalam jumlah terbesar pernah dikendalikan di bawah satu kes. - FOTO: AGENSI
A
A
A

PARIS - Apple didenda 1.1 bilion Euro (RM5.3 bilion) atas tingkah laku antikompetitif oleh pihak berkuasa Perancis semalam.

Pengeluar telefon iPhone tersebut didakwa bersalah atas kartel dalam rangkaian pengedarannya dan menyalahgunakan pergantungan ekonomi peniaga semula bebas mereka.

Dua pemborong Apple, Tech Data dan Ingram Micro juga masing-masing didenda 76.1 juta Euro (RM366 juta) dan 62.9 juta Euro (RM303 juta).

Pihak berkuasa Perancis dalam satu kenyataan memaklumkan jumlah denda 1.24 bilion Euro (RM5.9 bilion) itu adalah yang terbesar pernah dikenakan di bawah satu kes.

"Apple dan dua pemborong tersebut bersetuju untuk tidak bersaing serta menghalang para pengedar bersaing antara satu sama lain," kata Presiden Pihak Berkuasa Lembaga Persaingan Perancis, Isabelle de Silva.

Jurucakap Apple bagaimanapun kesal dengan keputusan itu dan merancang mengemukakan rayuan.

Pengumuman tersebut merupakan denda kedua yang dikenakan pihak berkuasa Perancis terhadap Apple dalam tempoh dua bulan.

Bulan lalu, pengawal selia mengenakan denda 25 juta Euro (RM120 juta) atas langkah kemas kini perisian mereka yang telah melambatkan fungsi iPhone versi lama.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!