Covid-19: Pemandu Grab tingkatkan langkah keselamatan

Shikin bersama penumpangnya.
Shikin bersama penumpangnya.
A
A
A

KUANTAN - Pemandu perkhidmatan kereta sewa mengakui bimbang dengan penularan wabak koronavirus (Covid-19) dan mula berhati-hati memilih pelanggan meskipun boleh menjejaskan pendapatan.

Pemandu Grab, Wan Fariduddin Wan Ibrahim, 32, berkata,mereka antara yang berisiko terdedah dengan penyakit tersebut kerana berhadapan pelbagai latar belakang pelanggan.

Menurutnya, sebagai langkah keselamatan dan pencegahan, dia terpaksa berhati-hati dan mengehadkan perjalanan.

"Kebiasaan bagi saya yang buat secara sambilan ini, sehari saya akan dapat 15 ke 20 'ping'. Itu bagi tempoh antara jam 3 petang hingga 10 malam, namun sekarang saya kurangkan hampir separuh dan ada ketika saya tidak ambil langsung.

"Lebih-lebih lagi apabila musim hujan dan sejuk, saya tak ambil penumpang.

"Saya difahamkan virus kurang aktif pada waktu panas. Jadi saya hanya bekerja pada waktu tersebut di samping menggunakan 'alcohol swab' pada tangan saya dan tempat duduk penumpang," katanya yang turut memakai penutup mulut dan mengelak berbual dengan penumpang.

Wan Fariduddin (kiri) bersama Presiden The Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA), Datuk Tan Kok Liang.
Wan Fariduddin (kiri) bersama Presiden The Malaysian Association of Tour and Travel Agents (MATTA), Datuk Tan Kok Liang.

Pemandu Grab, Shikin Hassan, 49, berkata, walaupun bimbang dengan wabak berkenaan, namun memikirkan ia adalah mata pencarian, dia perlu meneruskan pekerjaannya itu dengan meningkatkan kewaspadaan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, dia turut membeli 5 liter sanitizer untuk kegunaan pelanggannya dan turut digunakan untuk disembur dalam kenderaan sebelum dan selepas mengambil penumpang.

"Apa yang penting, ia ada pengiktirafan mengikut piawaian Kementerian Kesihatan dan ada 'safety data sheet' (SDS), gred hospital dan digunakan di hospital-hospital.

"Bagi saya, sebagai pemandu Grab, tahap penjagaan diri tu perlu lebih berhati-hati," katanya yang juga bekas wartawan akhbar dan mula memandu Grab secara sepenuh masa pada 3 Januari 2020.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!