Sekatan pergerakan bantu KKM tangani Covid-19

Dr Noor Hisham - Foto Bernama
Dr Noor Hisham - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan diharap dapat membantu Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memantapkan kawalan bagi menangani penularan koronavirus (Covid-19) yang melanda negara ketika ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, melalui perintah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967, pihak KKM dapat melaksanakan sekatan pergerakan untuk mengelak rangkaian penularan penyakit itu seperti di perhimpunan awam.

"Nasihat untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dan menjaga kebersihan telah lama disaran oleh KKM tetapi orang ramai masih tidak melaksanakan amalan tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama.

Malam tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengisytiharkan bahawa Malaysia akan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa mulai 18 hingga 31 Mac di seluruh negara bagi mengekang penularan Covid-19.

Setakat jam 12 tengah hari semalam, sebanyak 125 kes positif baharu dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif di Malaysia meningkat kepada 553 kes. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!