Perintah Kawalan Pergerakan langkah terbaik buat masa ini

Ciapan Twitter, Dzulkefly mengakui Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) sebagai langkah terbaik diambil buat masa ini.
Ciapan Twitter, Dzulkefly mengakui Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) sebagai langkah terbaik diambil buat masa ini.
A
A
A
SHAH ALAM - Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyifatkan Perintah Kawalan Pergerakan yang diumumkan kerajaan bagi mengekang penularan wabak koronavirus (Covid-19) sebagai langkah terbaik diambil buat masa ini.

Menerusi ciapan di Twitter, Dr Dzulkefly yang juga ketua pasukan petugas menangani COVID-19 Selangor memberitahu, Perintah Kawalan Pergerakan itu bukan perintah berkurung tetapi satu bentuk menjarakkan hubungan sosial.

"Ia bertujuan menurunkan jumlah kes dengan 'merendahkan lengkung jangkitan wabak'.

"Ia (langkah kawalan) amat penting untuk dilaksanakan dengan baik. Langkah yang betul pada masa yang sesuai," ciapnya di Twitter.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui satu Perutusan Khas malam tadi mengumumkan kerajaan perlu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac di seluruh negara bagi membendung penularan wabak Covid-19.
Artikel Berkaitan:


Perintah Kawalan Pergerakan itu dibuat mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Perintah kawalan itu meliputi enam perkara termasuk penutupan sekolah, premis swasta, institusi pengajian tinggi (IPT).

Bagaimanapun, perkhidmatan penting serta pasar awam, pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka akan tetap dibuka kepada orang ramai.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!