Pejabat, kaunter cawangan PPZ-MAIWP ditutup
KUALA LUMPUR - Pejabat dan semua kaunter cawangan Pusat Pungutan Zakat- Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) akan ditutup bermula 18 sehingga 31 Mac ini bagi menangani penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata, PPZ-MAIWP memandang serius peningkatan penularan Covid-19 dan mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan kesihatan pelanggan dan warga kerjanya terpelihara.
Menurutnya, segala urusan pembayaran zakat dan semakan penyata boleh dilakukan secara dalam talian melalui pautan www.zakat.com.my.
"Urusan bayaran zakat juga boleh dibuat melalui ejen online di perbankan internet, pos online, MyEG dan PayHalal.
"Semoga langkah ini dapat membantu pihak kerajaan dalam mencegah dan menangani penularan wabak Covid-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ahmad Shukri berkata, sebarang pertanyaan berkaitan zakat boleh emel kepada info@zakat.com.my atau melalui Facebook Pusat Pungutan Zakat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!