Covid-19: Parlimen Ukraine lulus hukuman, denda lebih berat
KYIV - Parlimen Ukraine hari ini meluluskan undang-undang melibatkan hukuman dan denda lebih berat dikenakan terhadap individu yang melanggar perintah kuarantin.
Undang-undang itu disokong 344 anggota Parlimen bertujuan membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Di bawah undang-undang baharu itu, mereka yang didapati engkar perintah kuarantin boleh didenda antara AS$650 hingga AS$2,000 atau dipenjara sehingga tiga tahun. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!