Covid-19: Malaysia catat korban pertama

Para petugas Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching bersiap sedia untuk melakukan kerja-kerja pembersihan. -Foto Bernama
Para petugas Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching bersiap sedia untuk melakukan kerja-kerja pembersihan. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Malaysia mencatat korban pertama wabak Covid-19 melibatkan seorang paderi di Kuching, Sarawak, hari ini.

Seketeriat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataannya mengesahkan, mangsa berusia 60 tahun dari Gereja Emmanuel Baptist meninggal dunia di Hospital Umum Kuching, 11 pagi tadi.

"Jabatan Kesihatan Negeri masih dalam masih dalam proses untuk mengenal pasti sumber jangkitannya,"katanya.

Seramai 193 kenalan rapat mangsa telah dikesan dan sedang menjalani rumah kuarantin.

Sementara itu, Sarawak mencatatkan sebelas kes positif baharu Covid-19.

"Terdapat enam dari Kuching, tiga Limbang dan satu masing-masing di Betong dan Lawas.

"Mereka kini sedang dirawat di tiga hospital yang ditetapkan, Hospital Umum Sarawak, Hospital Sibu dan Hospital Miri," katanya.

Seramai 35 people under invetsigation (PUI) dicatatkan manakala 204 individu masih menunggu keputusan ujian saringan.

Artikel Berkaitan:

Setakat ini, 45 kes positif dicatatkan di negeri itu melibatkan kluster Masjid Sri Petaling, Gereja di Kuching, Sarikei dan satu lagi masih belum dapat dikenalpasti.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!