Wanita terkejut bil makanan sudah dibayar

Bil yang, dibayar individu tidak dikenali yang tertera nikmati makan malam anda dimuat naik oleh Nannie di facebooknya tular di laman sosial.
Bil yang, dibayar individu tidak dikenali yang tertera nikmati makan malam anda dimuat naik oleh Nannie di facebooknya tular di laman sosial.
A
A
A

SINGAPURA - Biarpun seluruh dunia diancam wabak koronavirus (Covid-19) yang memaksa warga sejagat menjarakkan hubungan sosial, namun ia tidak menjadi masalah untuk orang ramai melakukan kebaikan.

Menerusi status di Facebook, Nannie Asniar berkongsi kisah seorang individu tidak dikenali membayar bil makan malam dia sekeluarga di sebuah restoran.

Ketika menjamu selera, dia perasan seorang wanita sedang duduk sendirian sebelah mejanya.

"Wanita itu duduk bersendirian di sebelah meja, tersenyum ketika melihat anak-anak saya menikmati makanan.

"Pemandangan seumpama itu satu perkara biasa bagi saya dan tidak fikir apa-apa pun.

"Apabila wanita itu berdiri setelah habis makan, saya perasan seolah-olah dia cuba mengintai nombor meja. Namun saya tidak berfikir banyak kerana sibuk melayan anak-anak makan," tulisnya.

Dalam sedang leka melayan anaknya, Nannie didatangi seorang pelayan ke mejanya lalu menghulurkan resit sambil mengatakan bahawa makan malam mereka sudah pun dibayar.

Bukan itu saja, resit tersebut juga tertulis 'enjoy dinner' (nikmati makan malam anda).

Artikel Berkaitan:

Terkejut dengan situasi itu, dia yakin perbuatan murni itu adalah dari wanita berkenaan.

Tersentuh dengan sikap pemurah wanita tersebut, Nannie merakamkan terima kasih kepada insan yang tidak dikenalinya itu di Facebook.

Jelasnya, dia percaya laman sosial adalah platform terbaik untuk mengesan wanita berkenaan.

"Beliau sememangnya mengukir senyuman di wajah kami dan kami pasti akan meneruskan sikap murni ini kepada keluarga seterusnya. Ini kerana dia telah mendidik kami untuk terus lakukan kebaikan." katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!