Walau kemampuan kewangan kerajaan terhad tapi...

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) cuba mengangkat produk silinder gas petroleum cecair (LPG) komposit, ACGAS seberat 14 kilogram selepas merasmikan produk keluaran Astana City Group Sdn. Bhd. (ACG) dengan kerjasama strategik dengan syarikat dari Korea Selatan, Hyundai BS&E Co. Ltd hari ini. Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (dua, kiri) dan Pengarah Urusan ACG Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman (dua, kanan). - Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) cuba mengangkat produk silinder gas petroleum cecair (LPG) komposit, ACGAS seberat 14 kilogram selepas merasmikan produk keluaran Astana City Group Sdn. Bhd. (ACG) dengan kerjasama strategik dengan syarikat dari Korea Selatan, Hyundai BS&E Co. Ltd hari ini. Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (dua, kiri) dan Pengarah Urusan ACG Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman (dua, kanan). - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan terus menyalurkan bantuan dan sokongan kepada penggiat industri pembuatan tempatan, setakat yang termampu.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, walaupun kemampuan kewangan kerajaan adalah terhad, namun kerajaan mahu melihat Malaysia menjadi sebuah negara industri.

"Syarikat yang menerima bantuan perlu lebih berusaha untuk berjaya sehingga tidak memerlukan lagi bantuan kerajaan.

"Ini supaya bantuan dapat diberikan kepada pihak lain yang memerlukan," katanya ketika berucap melancarkan produk silinder komposit gas petroleum cecair (LPG) 14 kilogram jenama ACGAS, dikeluarkan Astana City Group Sdn Bhd (ACG) di sini, hari ini.

ACG adalah operator ketujuh terlibat dalam pemasaran LPG ke pasaran Malaysia dengan syarikat itu diberi subsidi pengendalian gas LPG oleh Kementerian Kewangan pada November 2018.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Pengarah Urusan ACG, Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman.Dr Mahathir berkata selain bantuan disediakan kerajaan, rakyat perlu menyokong industri pembuatan tempatan supaya ia berkembang maju.

Beliau berkata, perkembangan industri pembuatan negara akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, selain mengurangkan pengaliran keluar wang bagi tujuan mengimport sesuatu produk.

Mengenai sektor industri yang akan dibantu kerajaan, Dr Mahathir berkata, kerajaan akan membantu syarikat yang memerlukan pada fasa permulaan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Dr Mahathir turut menyambut baik syarikat ACG yang menghasilkan produk silinder komposit LPG dengan kerjasama strategik dengan syarikat Korea Selatan, Hyundai BS&E Co. Ltd.

Bahan yang diperbuat daripada komposit atau ‘fibre glass’ tidak akan hilang dan akan bertimbun-timbun barangan itu.

Jadi adalah perlu ia diproses semula atau dijadikan bahan lain, yang sejajar dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan penggunaan plastik yang mencemar alam sekitar.

"Plastik, jika digunakan mesti digunakan berkali-kali. Itu sebabnya kita haramkan penggunaan beg untuk sekali guna,” katanya. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!