Kejuaraan Cub Prix Malaysia ditunda ke Jun ini

cubprix. Foto Sumber Internet
cubprix. Foto Sumber Internet
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2020 yang ditunda susulan penularan wabak Covid-19 akan diadakan semula pada Jun ini dengan mengekalkan 10 pusingan perlumbaan seperti yang dijadualkan.

Promoter Kejuaraan Cub Prix Malaysia, Safe Aim Mutual Sdn Bhd dalam satu kenyataan hari ini, memaklumkan perubahan terbaharu itu sebagai mematuhi arahan kerajaan supaya sebarang aktiviti sukan ditangguhkan sehingga 30 April ini susulan penularan Covid-19.

Syarikat berkenaan memaklumkan kalendar baharu bagi saingan musim 2020 ini akan diumumkan dalam masa terdekat.

Pada masa sama, Safe Aim Mutual turut menggesa semua pihak terlibat dengan penganjuran Kejuaraan Cub Prix musim ini untuk mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa hari ini hingga 31 Mac, selain mengikuti langkah pencegahan penularan Covid-19 yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Pihak Cub Prix Malaysia juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua penaja, pasukan, pelumba serta semua yang terlibat atas kesabaran dan juga sokongan tidak berbelah bahagi selama ini,” menurut kenyataan itu.- Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!