Air percuma di Selangor hanya untuk golongan B40

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A
SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan membuat penjajaran semula peruntukan Program Air Percuma di mana fokus akan diberi kepada golongan sasar yang berada di dalam golongan B40 selepas ini.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pemberian air percuma yang dilaksanakan pada masa kini meliputi semua lapisan masyarakat namun matlamat asal program ini adalah bagi membantu mengurangkan beban rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah.

“Kerajaan Selangor yakin golongan B40 ini lebih memerlukan dan menghargai bantuan air percuma ini.

“Malah, mereka akan mendapat lebih manfaat dari penjajaran semula air percuma nanti,”katanya sewaktu pembentangan Bajet Selangor 2019 hari ini.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata kerajaan negeri juga bersetuju untuk menaikkan jumlah air percuma dari 20 meter padu sebulan kepada 25 meter padu sebulan.
Artikel Berkaitan:


Beliau berkata, Kerajaan Selangor berharap agar penjajaran ini bukan sahaja membantu golongan B40 dalam kehidupan seharian namun dapat meringankan beban belanja bulanan dengan lebih berkesan.

“Bagi tahun 2019, jumlah yang diperuntukkan kepada Program Air Percuma selepas penjajaran dilakukan adalah sebanyak RM80 juta dan ini membolehkan kerajaan negeri membuat penjimatan sebanyak RM105.2 juta.

“Penjimatan ini akan dapat dikembalikan kepada rakyat melalui program pembangunan dan program mensejahterakan rakyat,”katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!