Pulau Pinang lengang

Keadaan jalan raya di sekitar Bandar Georgetown lengang pagi tadi.
Keadaan jalan raya di sekitar Bandar Georgetown lengang pagi tadi.
A
A
A

GEORGETOWN - Suasana di beberapa lokasi tumpuan pelancongan di negeri ini lengang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa hari ini.

Tinjauan Sinar Harian mendapati keadaan trafik yang kebiasaanya sesak pada waktu pagi terutamanya di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang berjalan lancar termasuk di beberapa jalan utama seperti Jalan Penang, Jalan Macalister, Persiaran Gurney dan Jalan Chulia di negeri ini.

Malah perkhidmatan feri yang menjadi tumpuan orang ramai berulang alik dari kawasan tanah besar ke pulau juga dilihat lengang apabila hanya beberapa kenderaan sahaja yang kelihatan menggunakan perkhidmatan pengangkutan itu pagi tadi.

Keadaan jalan raya di sekitar Bandar Georgertown lengang pagi tadi.
Keadaan jalan raya di sekitar Bandar Georgertown lengang pagi tadi.

Difahamkan, beberapa pasukan Penguatkuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) melakukan rondaan bagi memastikan orang ramai mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini mengumumkan perintah kawalan selama dua minggu di seluruh negara mulai hari ini hingga 31 Mac.

Lebuh Armenian yang selama ini menjadi tumpuan pelancong sepi pagi tadi.
Lebuh Armenian yang selama ini menjadi tumpuan pelancong sepi pagi tadi.

Beliau menjelaskan, larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya.

Artikel Berkaitan:

Untuk menguatkuasakan larangan tersebut, semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup, kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Kosong di bahagian atas feri.
Kosong di bahagian atas feri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!