Covid-19: Temerloh lengang!
TEMERLOH - Suasana lengang di sekitar bandar ini berikutan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa mulai hari ini.
Tinjauan Sinar Harian di daerah ini mendapati kebanyakan lokasi yang selalu dipenuhi orang ramai kini sunyi tanpa kehadiran orang awam.
Di Lurah Semantan hari yang menempatkan premis perniagaan kelihatan lengang tanpa kehadiran orang ramai tidak seperti kebiasaan.
Ketua Unit Perhubungan Awam Majlis Perbandaran Temerloh (MPT), Azmir Yahaya, berkata anggota penguat kuasa MPT melakukan rondaan di sekitar bandar termasuk taman perumahan di daerah itu bagi memastikan orang ramai mematuhi peraturan ditetapkan.
"Kita juga memberikan nasihat kepada mana-mana premis yang tidak boleh beroperasi supaya mematuhi arahan yang ditetapkan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!