Perubahan sementara waktu melawat di IJN

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Institut Jantung Negara (IJN) beroperasi seperti biasa dan menguatkuasakan perubahan sementara dalam waktu melawat pesakit, ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan penularan Covid-19.

Pesakit-pesakit kini boleh dilawat dari jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 tengah hari dan dari jam 6 petang sehingga 8 malam.

Dalam satu kenyataan, IJN berkata, hanya dua pelawat dibenarkan melawat setiap seorang pesakit sementara kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan memasuki IJN sehingga diberitahu kelak.

“Pesakit yang ada janji temu berjadual dari 18 hingga 31 Mac dibenarkan datang bertemankan hanya seorang ahli keluarga,” kata institut rawatan jantung itu merujuk kepada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan untuk mengekang penularan Covid-19.

IJN juga menyediakan penghantaran bekalan ubat percuma ke rumah kepada pesakit yang ingin menjadualkan semula janji temu mereka dan mereka yang tidak dapat hadir pada tarikh yang ditetapkan.

Pesakit boleh menghubungi talian +603-2617 8844 untuk menyemak kelayakan perkhidmatan percuma itu. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!