Covid-19: Wanita 103 tahun pulih sepenuhnya
Agensi berita Anadolu melaporkan rektor Universiti Sains Perubatan Semnan, Nevid Danayi berkata, wanita itu dibenarkan keluar hospital selepas disahkan pulih sepenuhnya menjadi warga tertua kedua yang sembuh daripada Covid-19.
Bagaimanapun, Danayi tidak mendedahkan butiran identiti mangsa.
Pada minggu lalu, pihak berkuasa China berkata, seorang individu juga berusia 103 tahun dibenarkan keluar hospital selepas menerima rawatan selama enam hari.
Di seluruh dunia, lebih 198,500 kes disahkan jumlah kematian pula mencecah lebih 7,900 orang manakala lebih 82,500 pesakit pulih. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!