Lelaki tiba-tiba rebah, meninggal dunia tepi kereta

Mangsa rebah di sebelah kereta miliknya sebelum disahkan meninggal dunia di Pekan Ajil pagi tadi. FOTO: ihsan pembaca
Mangsa rebah di sebelah kereta miliknya sebelum disahkan meninggal dunia di Pekan Ajil pagi tadi. FOTO: ihsan pembaca
A
A
A

HULU TERENGGANU - Orang ramai yang sedang berurusan di sekitar kawasan sebuah kedai runcit di Pekan Ajil, Kuala Berang di sini terkejut apabila seorang lelaki tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 pagi itu, mangsa, Mohd Shobri Rani, 59, ditemui orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebelah keretanya.

Difahamkan, sebelum itu mangsa yang menaiki kereta Perodua Kancil dilihat ke kedai runcit berhampiran membeli barang.

Sebaik selesai urusan pembelian, mangsa dikatakan segera menuju ke keretanya tetapi tiba-tiba rebah dan tidak sedarkan diri di sebelah kenderaannya itu.

Orang awam yang melihat kejadian itu segera menghubungi polis dan hospital namun mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai kesihatan yang hadir di lokasi.

Mangsa rebah di sebelah kereta miliknya sebelum disahkan meninggal dunia di Pekan Ajil pagi tadi.FOTO: ihsan pembaca
Mangsa rebah di sebelah kereta miliknya sebelum disahkan meninggal dunia di Pekan Ajil pagi tadi.FOTO: ihsan pembaca

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian.

Katanya, pemeriksaan terhadap tubuh badan mangsa tidak menemui kesan luka atau perbuatan jenayah.

Artikel Berkaitan:

“Hasil maklumat daripada isteri mangsa memaklumkan lelaki terbabit sebelum ini mempunyai rekod rawatan kencing manis dan darah tinggi.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!