Hanya satu kes Covid-19 dilaporkan di Wuhan
ANKARA - Wuhan, di wilayah Hubei China yang sebelum ini menjadi pusat penularan wabak Covid-19, hanya mencatatkan satu kes baharu selama dua hari berturut-turut, lapor agensi berita Anadolu pada Rabu.
Hari ini dan semalam hanya satu kes disahkan, menurut kenyataan Suruhanjaya Kesihatan Negara (NHC) China.
Sementara itu, 11 kematian dilaporkan semalam di seluruh China termasuk satu di Wuhan. Di seluruh China sejumlah 13 kes baharu dilaporkan.
Sejak virus itu mula dikesan, 3,237 orang meninggal dunia manakala hampir 81,000 dijangkiti. Seramai 69,601 pesakit sembuh.
Terdapat 12 kes baharu yang diimport dari luar negara, menjadikan jumlah keseluruhan 155 orang dijangkiti.
Di Hong Kong, 167 kes dilaporkan, empat mangsa meninggal dunia, 92 dibenarkan keluar hospital.
Sebanyak 13 kes dicatatkan di Macau dan 77 di Taiwan dengan satu kematian.- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!