Pekerja StanChart Malaysia positif Covid-19

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Standard Chartered Malaysia (StanChart) mengesahkan seorang pekerjanya daripada cawangan Petaling Jaya telah disahkan positif Covid-19.

Dalam satu kenyataan hari ini, StanChart Malaysia berkata, pekerja tersebut tidak pernah hadir ke mana-mana cawangan atau bangunan bank itu selepas pergi bercuti pada 28 Februari lalu.

Selepas pulang dari luar negara pada 13 Mac lalu, pekerja berkenaan melakukan kuarantin sendiri sebagai langkah berjaga-jaga.

Menurut kenyataan itu, pekerja tersebut telah pergi ke hospital selepas mengalami beberapa gejala semasa tempoh kuarantin dan seterusnya disahkan dijangkiti Covid-19 petang semalam.

"Selaras dengan garis panduan Kementerian Kesihatan, semua cawangan dan premis pejabat bank telah dan akan terus dibasmi kuman," kata bank itu sambil menambah operasi perniagaan akan diteruskan seperti biasa.

Bank itu juga telah melaksanakan langkah-langkah tambahan, termasuk mengurangkan mesyuarat secara bersemuka, melaksanakan pengaturan kerja dari rumah dan juga membatalkan atau menjadual semula acara bersama masyarakat.- Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!