Linda luah rasa rindu pada arwah ibunya

No Image Caption
A
A
A

IBU kepada penyanyi Linda dan Diana Rafar, Rasimah Abd Rahman, 73, telah meninggal dunia, Jumaat lalu di Hospital Shah Alam akibat pelbagai kompilasi penyakit.

Menerusi beberapa entri terbaru akaun Instagram (IG), Linda turut berkongsi hari-hari yang berlalu tanpa ibu tersayang.

Linda meluahkan rasa rindu terhadap ibunya serta turut memohon diberi kekuatan untuk menjalani kehidupan harian.

“Allahuakbar... Bila semua sudah balik Linda rasa sebak, sunyi dan rindu sangat dekat mak... Terasa macam mak ada sahaja lagi dalam rumah ini.

“Bangun pagi buat air dan minum dekat depan ini... Tengok perkembangan dia makin sihat, gembira sangat dan rancang nak bawa dia tengok laut.

“Mak pun gembira cakap nak pergi rehat tengok laut... Tapi sekarang ALLAH sayang mak dan ambil mak dulu, nak bagi mak rehat tengok syurga Firdaus InshaAllah... Ya ALLAH kuatkan aku,” tulisnya.

Dalam masa yang sama dia turut berkongsi video ‘boomerang’ lambaian terakhir ibunya yang membuatkan peminat sebak.

Artikel Berkaitan:

“The last good bye. Tak semua boleh melalui fasa ini... Hanya ALLAH mampu memberi aku satu kekuatan untuk aku menempuh segala memori indah bersama ibuku, Rasimah binti Abdul Rahman," katanya.

Kongsinya lagi, dia sangat rapat dengan arwah ibunya itu sehingga segala apa sahaja dikongsi termasuk masalah menjadi tempatnya mengadu.

“Sekarang ALLAH sudah ambil mak kembali kepadanya, Linda kena teruskan hidup ini walaupun susah sangat rasanya.

"Mak... Linda dah buat yang terbaik untuk mak... Moga ALLAH tempatkan mak di syurga yang paling indah. Gonna miss u mak... Allahuakbar!” coretnya.

Dalam pada itu, menerusi ruangan komen rata-rata peminatnya memberikan kata-kata semangat dan juga ucapan takziah buat Linda sekeluarga.

"Takziah buat @lindarafar dan keluarga. Semoga ALLAH tempatkan arwah ibu dikalangan orang-orang yang beriman.Amin," tulis leenda2505.

"Semoga arwah tenang di Sana... @lindarafar perlu kuat ya... Saya pun ada melalui... Memang Sedih teramat... Banyakkan baca Yassin dan sedekahKan Al- Fatihah pada arwah... InsyaAllah," tulis masdaniall.

"Salam takziah buat seluruh keluarga kakak @lindarafar. Terciptanya di syurga, dengan diutusnya Nabi Muhammad (SAW) untuk membawa pulang ke syurga. Untuk arwah emak&ettah saya juga," tulis andekmahyudin.

"Takziah... Semoga roh ibu ditempatkan dikalangan yang teratas disisi ALLAH S.W.T. Hidup berasa sunyi ketiadaan ibu disisi...rumah tidak akan semeriah semasa ibu masih ada... Semoga tabah, saya pun rasa apa yang kakak Linda rasa," tulis m.anazesor

Tangan kiri ibu Linda terpaksa dipotong akibat berlaku jangkitan kuman di tangan kiri dan telah merebak ke dalam darah pada 12 Disember tahun lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!