Kabinet benar industri perladangan sambung semula operasi
KUALA LUMPUR - Kabinet telah memberi kelulusan kepada industri perladangan untuk meneruskan operasi semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan koronavirus (Covid-19) berkuat kuasa serta-merta.
Persatuan Minyak Sawit Malaysia (MPOA) berkata, kelulusan bersyarat itu memerlukan pihak industri untuk memastikan langkah berjaga-jaga bagi menangani keadaan wabak yang masih dalam keadaan membimbangkan.
“Semua garis panduan dan syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk menangani Covid-19 hendaklah dipatuhi, jika gagal, kebenaran itu boleh dibatalkan.
"Dalam konteks ini, kami merayu kepada anggota kami untuk memperkenalkan prosedur operasi standard bagi menangani isu tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!