Tujuh maut nahas pesawat kargo tentera di Iran

Pesawat kargo tersebut membawa muatan daging.- Foto AFP
Pesawat kargo tersebut membawa muatan daging.- Foto AFP
A
A
A

TEHERAN - IRAN. Sebuah pesawat kargo tentera dengan 16 penumpang dilaporkan terbabas lalu terbakar ketika cuba mendarat di sebuah lapangan terbang berhampiran Teheran hari ini, kata kenyataan tentera.

"Sebuah pesawat kargo (Boeing 707) membawa muatan daging berlepas dari Bishkek di Kyrgyzstan dan terpaksa mendarat cemas di Lapangan Terbang Fath, wilayah Alborz pagi ini.

"Ia terbabas dari landasan ketika cuba mendarat sebelum melanggar tembok pemisah di hujung landasan lalu terbakar.

"Butiran berkaitan nahas dan mangsa yang maut atau cedera masih disiasat," kata kenyataan tentera di laman rasminya.

Sementara itu, media Iran melaporkan tujuh mayat penumpang telah ditemui, dan operasi mencari kini giat diteruskan bagi mencari mangsa lain.

"Kami menemui tujuh mayat dari bangkai pesawat dan operasi mencari akan diteruskan," kata Ketua Jabatan Kecemasan Iran, Pirhossein Kolivand. - Reuters

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!