Rugi RM26,000 ditipu 'kawan sekolah'

No Image Caption
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki mengalami kerugian RM26,000 selepas dipercayai ditipu ahli sindiket Macau Scamm yang menyamar sebagai kawan sekolahnya.

Mangsa lelaki berusia 32 tahun menerima panggilan telefon daripada seorang individu pada jam 11 pagi, Isnin lalu yang mengaku dirinya adalah kawan sekolah mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, suspek dan mangsa kemudian meneruskan perbualan sebelum individu itu mengadu mempunyai masalah kewangan serta meminta pertolongan mangsa.

"Individu berkenaan memberitahu mangsa dia memerlukan sebanyak RM18,000 untuk perniagaan kafe dan meminta mangsa memindahkan wang ke dalam akaun.

"Selasa lalu, pada jam 10.17 lagi, mangsa telah membuat dua transaksi melalui pemindahan wang secara atas talian berjumlah RM8,000 dan pada keesokan harinya sebanyak RM8,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Wazir berkata, semalam suspek meminta mangsa memasukkan semula RM10,000 atas alasan wang itu telah tersalah masuk ke dalam akaun mangsa sendiri.

"Tanpa berfikir panjang, mangsa telah memindahkan wang sebanyak RM10,000 ke dalam akaun yang diberikan.

"Bagaimanapun, mangsa menyedari ditipu selepas itu dan membuat laporan polis. Kes di siasat mengikuti Seksyen 402 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!