MDKS lapor polis peniaga ingkar perintah kerajaan

Penguatkuasa MDKS membuat pemeriksaan dalam operasi berkenaan.
Penguatkuasa MDKS membuat pemeriksaan dalam operasi berkenaan.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) akan membuat laporan polis sekiranya masih terdapat peniaga atau penjaja yang berdegil dengan tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan semalam.

MDKS dalam kenyataan di Facebook berkata, pihaknya terlebih dahulu memberikan notis pemaklumkan kepada peniaga sebelum disalurkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Bagi kesalahan pertama, individu yang gagal mematuhi arahan boleh dipenjarakan tidak melebihi tempoh dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali," katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, orang ramai wajib mematuhi arahan pihak berkuasa sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari sehingga 31 Mac 2020.

"Sama-sama kita berdoa agar wabak ini berjaya diperangi dan kehidupan warga Kuala Selangor kembali pulih seperti sedia kala," katanya.

Menerusi video yang dimuat naik berdurasi 58 saat itu menunjukkan penguat kuasa MDKS menjalankan pemeriksaan di beberapa premis di daerah Kuala Selangor yang masih ingkar arahan.

Beberapa premis yang dibuka semalam diarahkan tutup serta-merta dalam operasi berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!