Pesakit Covid-19 minta naskah al-Quran

Zuraida (dua, kiri) ketika menyerahkan al-Quran kepada pesakit yang dikuarantin di Hospital Hulu Terengganu akibat penularan wabak Covid-19.
Zuraida (dua, kiri) ketika menyerahkan al-Quran kepada pesakit yang dikuarantin di Hospital Hulu Terengganu akibat penularan wabak Covid-19.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wanita, Zuraida Md Noor berkongsi perasaan sebak di Facebooknya hari ini apabila ada pesakit koronavirus (Covid-19) yang dikuarantin di Hospital Hulu Terengganu memohon naskhah al-Quran untuk dibaca.

Zuraida menerusi perkongsian itu turut memberitahu, beliau menerima panggilan telefon daripada kenalan di Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) yang berada di PUsat Kuarantin Covid-19 Hospital Hulu Terengganu yang bertanya mengenai naskhah al-Quran.

"Saya tanya mahu diberikan kepada siapa, katanya pesakit yang dikuarantin di situ minta al-Quran.

"Saya rasa sebak, tanpa melengahkan masa saya mengajak suami untuk penuhi permintaan pesakit yang dikuarantin itu," katanya melalui media sosial itu.

Beliau berkata, kebetulan di rumahnya terdapat 200 naskah al-Quran dalam simpanan untuk program dan telah menyerahkan kesemuanya untuk diagihkan kepada pesakit terbabit

Katanya, menurut petugas hospital kebanyakan pesakit akan solat tepat pada waktunya secara berjemaah dan mereka meminta al-Quran untuk dibaca.

"Allahuakbar! Walau dalam keadaan sakit mereka tetap mengingati al-Quran. Kita yang sihat ni dalam sehari pun belum tentu pegang al Quran. "Marilah kita sama-sama bermuhasabah," tulisnya.

Al- Quran berkenaan sudah diserahkan dan turut disertai isteri Speaker Terengganu, Toh Puan Zarani Othman.

Artikel Berkaitan:

Selain al-Quran, turut diagihkan stok makanan seperti biskut dan roti untuk diberikan kepada petugas dan pesakit serta sebuah televisyen untuk kanak-kanak.

Semalam terdapat seramai 165 individu dikuarantin di Hospital Hulu Terengganu ekoran penularan wabak Covid-19.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!