500,000 penerima bantuan JKM terima bayaran Rabu ini

Rina Harun
Rina Harun
A
A
A

PUTRAJAYA- Seramai 500,000 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan menerima bayaran Rabu ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Rina Harun dalam kenyataannya berkata, bantuan tersebut sepatutnya diberikan April ini, namun dipercepatkan 15 hari lebih awal daripada tarikh sepatutnya.

"KPWKM amat prihatin terhadap kumpulan sasar kementerian yang terkesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan bermula dari 18 sehingga 31 Mac 2020," katanya.

Menurutnya, bayaran bantuan tersebut melibatkan kos sebanyak RM150 juta.

"Kementerian mengharapkan agar dengan langkah inisiatif yang telah diambil ini dapat membantu kumpulan sasar menjalani kehidupan sejahtera sepanjang tempoh perintah ini dilaksanakan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!