Covid-19: 80 pekerja Petronas di Iraq dipindahkan

Petronas memindahkan 80 pekerjanya dari Kawasan Kontrak Garraf, Wilayah Thi Qar Iraq sebagai langkah keselamatan susulan penularan wabak Covid-19.
Petronas memindahkan 80 pekerjanya dari Kawasan Kontrak Garraf, Wilayah Thi Qar Iraq sebagai langkah keselamatan susulan penularan wabak Covid-19.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 80 pekerja Malaysia dari Petronas Carigali Iraq Holding B V (PCIHBV) yang terletak di Kawasan Kontrak Garraf, Wilayah Thi Qar Iraq selamat dipindahkan.

Petronas dalam satu kenyataan berkata, langkah itu susulan tindakan pencegahan bagi memastikan kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan pekerja.

“Ia sesuatu yang tidak dijangka dan tidak diramalkan, malah bukan di bawah kawalan PCIHBV.

“PCIHBV telah mengeluarkan notis yang perlu mengikut peruntukan kontrak perkhidmatan pembangunan dan pengeluaran, dan terlibat dengan pihak berkuasa negara itu susulan penggantungan operasi dan pemindahan pekerja kami,” katanya hari ini.

Kata kenyataan itu lagi, operasi di Kawasan Kontrak Garraf ketika ini digantung sementara sehingga dimaklumkan kelak.

“Kami turut memantau secara rapat berhubung situasi ini,” katanya.

Sehingga 17 Mac lalu, Kementerian Kesihatan Iraq mengesahkan 154 kes Covid-19 direkodkan dengan 11 kematian manakala 41 pesakit telah pulih dari wabak berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!