Perdana Menteri menghadap Sultan Johor
JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Pasir Pelangi di sini pagi tadi.
Kunjungan rasmi pertama Ahli Parlimen Pagoh itu ke atas Sultan Johor selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada awal bulan ini.
Pada pertemuan selama hampir sejam itu, Muhyiddin memberikan maklumat terkini perkembangan situasi semasa penularan koronavirus (Covid-19) kepada Sultan Ibrahim.
Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Ir Hasni Mohammad dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Azmi Rohani.
Muhyiddin bersama tetamu kehormat lain kemudian diraikan dalam satu majlis santapan tengah hari.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!