Covid-19: Datuk Bandar Surabaya turun padang bersih kawasan

Bu Risma sedang bersihkan kaki lima di hadapan sebuah premis di Surabaya.- Foto: Bangga Surabaya
Bu Risma sedang bersihkan kaki lima di hadapan sebuah premis di Surabaya.- Foto: Bangga Surabaya
A
A
A

SURABAYA - Penularan wabak koronavirus (Covid-19) semakin meningkat di negara Indonesia apabila merekodkan sebanyak 19 kes kematian.

Bimbang ia terus menular, pemimpin negara turun padang membersihkan persekitaran jalan raya bagi membendung wabak tersebut.

Menerusi perkongsian gambar yang tular di laman sosial, Datuk Bandar Surabaya yang dikenali sebagai Tri Risma Harini sedang membersihkan persekitaran Surabaya.

Lebih mesra disapa Bu Risma, beliau juga memberi arahan kepada penduduk menggunakan pembesar suara untuk sentiasa mematuhi arahan kerajaan dengan menghadkan pergerakan.

Beliau berbuat demikian ketika melakukan rondaan di jalan Kedung Doro dengan menaiki kenderaannya.

Di jalan Kedung Doro adalah lokasi tumpuan orang ramai untuk membeli-belah.

Tindakan beliau turun padang mendapat perhatian rakyatnya yang menyifatkan beliau adalah pemimpin masyarakat yang disegani malah baik hati.

Netizen dikenali YoraLee berkata, "Terima kasih banyak, kami sangat bangga mempunyai ketua bandar yang sangat prihatin terhadap warganya, Bu Risma yang kami hormati, kami sayang anda dan doa terbaik selalu terucap untukmu."

Artikel Berkaitan:

Bagi Tinawati pula, menghargai pengorbanan beliau dalam memelihara keselamatan penduduk di sini.

"Ibu Risma trima kasih buat pengorbananmu untuk warga Surabaya, semoga ibu sihat selalu dan diberkati amin."

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!