Menteri Kesihatan dedah Covid-19 suka, sayang manusia

Dr Adham Baba pada sesi sidang media mengenai situasi semasa kes jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini. -Foto Bernama
Dr Adham Baba pada sesi sidang media mengenai situasi semasa kes jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini. -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Virus koronavirus (Covid-19) sangat menyukai dan menyayangi manusia.

Perkara itu didedahkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya hari ini.

Menurutnya, virus tersebut akan menjadikan tubuh badan manusia sebagai perumah untuk menggandakan kekuatannya.

"Sifat virus ini suka manusia, dia sayang manusia. Ia akan menggunakan segala tenaga tuan rumah mereka hidup dan menggandakan kekuatannya," katanya.

Menurutnya, virus itu tidak akan berdaya sekiranya seseorang individu mempunyai imuniti badan yang tinggi.

"Tapi jika mereka yang dijangkiti adalah co-mobiliti (mempunyai penyakit lain), mengambil pelbagai ubatan termasuk penyakit kronik, ini yang kita perlu ambil perhatian," katanya.

Semalam, satu kajian dibiayai kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan melaporkan Covid-19 mampu bertahan di permukaan udara selama beberapa jam.

Virus itu akan menyebabkan pesakitnya mempunyai tahap yang sama di luar tubuh seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!